KATA-KATA HIKMAH PUJANGGA

Gift #1 Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan. -Saidina Ali bin Abi Talib

Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai tetapi ia bergantung kepada keelokan akhlak dan budi pekerti. - Saidina Ali bin Abi Thalib
Gift #2 Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripada mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu.

Kawan sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu.
Gift #3 Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerana hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.
Gift #4 Masa depan yang cerah selalu tergantung pada masa lalu yang dilupakan.

Kita tidak dapat meneruskan hidup dengan baik jika tidak dapat melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.
Gift #5 Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya, tapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang dideritainya. Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang.
Gift #6 Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan.

Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali. Menikmati kehidupan itu adalah lebih baik dari hanya sekadar memerhati kehidupan.

Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
Gift #6 Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya.

Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya.
Gift #1 Gift #2 Gift #3 Gift #4 Gift #5 Gift #6 Gift #7

Kerja di Level 55

Pejam celik, pejam celik… Tau-tau aku dah hamper 3 bulan bekerja di Level 55. Hmm.. Satu masa yg agak panjang buat aku untuk belajar segala pengetahuan berkaitan Kewangan Korporat di syarikat minyak dan gas Negara, PETRONAS.
Sekarang aku memegang jawatan sebagai Eksekutif. Satu ketika dahulu, aku memang termimpikan jawatan ini. Jawatan Eksekutif Kewangan Korporat memang menjadi [...]

CEO CIMB Islamic Bank Berhad

Badlisyah Abdul Ghani, a Malaysian, aged 36, was appointed Executive Director and Chief Executive Officer of CIMB Islamic Bank Berhad, CIMB Group’s Islamic banking flagship on 28 February 2006. He is also a Director of CIMB Islamic Investment House BSC (C), Bahrain and CIMB Islamic Funds DCC Limited, Brunei. Prior to CIMB Group, he was [...]

Selamat kepada aku…

 
Salam,
Selama hampir 4 bulan tidak berupaya utk set up blog baru, arini aku berjaya juga buat.. hehe..  Jika sebelum ini aku langsung tidak mempunyai waktu utk membuat atau meng’update’ blog, mulai arini aku berazam utk meluangkan sedikit waktu utk meluahkan apa yg terbenak di dalam minda dan fizikal aku.
Arini aku berada di rumah Johor Bahru. [...]